22 days to go

Dei spm tinggal 22 hari..! tapi aq masih relax-relax lagi huh. malas..!!
org kata malas tu sebab kite berade dalam 'zon selesa'
"I am not in comfort zone but I still Malas..hahha my trials result kinda....emmm... nevermind"
agaknyer kena print result trial tu besar-besar then, gantung kat depan meja study baru nak gerak kot...

so far sekarang ni dah habis print soalan trial dari negeri2 lain tapi x complete lah skema jawapan pon baru jumpa sikit, tapi ta pe nanti boleh tanya cikgu kan..buku-buku latihan yang dibeli pon dah 60% siap... yg banyak x siap nye buku add math hehehe...selama ni guna buku past year jerr..

ok dah malas nak membebel, nak out nak sambung kertas 2 physics

bye wassalam.. :)


I am not ready yet....:(

salam....
about 1 month to go (after this trials )
spm...
The most frightening word

uhhh masih tak bersedia lagi nak mengadap kertas putih tu..
terutamanya
Add math
physics
chemistry
biology
kertas 2

kalau kertas 1 & 3 blehlah jugak *___*
subjek lain ok-ok lah x lah sedasyat 4 beradik tu...

ape nak buat lepas trial.. buat latihan? bace buku?

mase trial bolehlah cikgu bagi klu/soalan bocor....
internet pun full dengan benda2 yg akan keluar...
kalu mase spm sebenar..?

-esok kertas chemistry trial 1&2 gonna very very study hard and smart at the same time
=) at least cikgu ade gak bagi klu benda nak keluar
=( tapi kalau spm sebenar cikgu pun x tau ape yg keluar
kalu nak mengharapkan soalan ramalan jer pon x bleh....
mengharapkan petunjuk & kasih sayang Allah mase jawab soalan .....

 get ready for tomorrow and spm  ... dgn lafaz bismillah :)

_wassalam_ ok nak gi study lah nie....






beberape hari di hari raya...





selamat hari raya dan assalamualaikum pada entri kali nak cerita pasal hari raya so bace jelah..

Malam raya
raya tahun nie agak best lah walupon raya pertama tu kita org hanya berlawan dengan zombie dan melayan tetamu di hotel………….yeke..? (kite org main  computer game jelah plant vs zombie &hotel dash) disebabkan semua ketupat telah dianyam ,di rebus, rending dah siap kuah kacang di periuk telah duduk bertenggek kat ats  dapur so kitaorg  sebagai budak-budak bawah lapan belas tahun kebawah dah x der kerja malam tu, Cuma mak-mak jer yg menjaga api dan mengaul kuah kacang tu sambil bergosip-gosippan.. Kenape x main mercun..? Jawapan.. nak wat cam ne mak bapak kita org sayang sgt so x sanggup nak tgk jari kitaorg putus hilang mata sebijik lah… Mmm.. so saya dan sepupus pun dok main game.



Raya pertama
Pada pagi syawal yg indah..(x berape lah sebab kampng kesayanganku tu riuh dgn bunyi mercun dan meriam buluh cume start dari sembayang raya ke petang x der lah sebb beliau-beliau yg bermain mercun tu maybe pergi raya paling tak pun duduk terbongkang kat depan tv)…ok..ok sambung pada pagi syawal yg meriah tu mak mak kesayangan kiatorng telah mengejutkan utk sembahyg subuh pastu kene dok mengelap dan mengisi balang kuih raya yg telah dibasu semalam. Pastu kemas ape yg patut kat ruang tamu dan ruang-ruang yg lainnya.. masing-masing dah pakai baju raya ape lagi sarapan sambil tgk tv lah…then kaum2 lelaki g sembahyang raya..kitaorg still menegok (teruk gile bahasa ok menonton) Tv lagi sambil memenuhkan air di balang air… so senang sikit nak bancuh air manga sunkuwit tu, x derr Ribena ok. Selepas beberape jam makciks dan pakciks yg x balik kampong mase pause pun sampai.. then kite org sebagai budak budak bawah lapan belas tahun dan masih bersekolah pun berkumpul di tepi tangga rumah atukku (ala 2-3 org jer..) pastu datng seorng pakcik maybe atuk sedara aku punye anak kot.. dah nak balik so dapt lah duit raya , yg syok nye, sebenarnye pakcik tu nak bagi kite org sorng 2 ringgit tapi disebb kan duit baru tu melekat so dapt la lebih… hehhe.. pakcik tu halalkan jelah sbb kalu nak amik balik nanti kene cop buruk siku plak kan..then selepas makciks dan pakciks tu habis bersembang (agaknyelah) bermula lah perjalanan kiteorg gi beraya rumah sedara atuk dan arwah nenek aku…berpusinglah satu kampong.saya x dpt banyak sagt lah duit raya tapi ok lah lepas gak duit top up sebulan ….
Malam berkenaan Salah satu sepupu saya bawak mercun dapatlah main kejap walaupun cikit tapi dpat gak melepaskan gian nak letupkan bende tu






































raya kedua-ketiga biase biase jer

then raya ker.... errr.. x kire lagi sebb time tu dah bersekolah so my friends and me pergi pulak beraya ke rumah-rumah geng yg ade berdekatan








gambar kat bawah nie pulak time mase buat rumah terbuka...
sori batch yg nie jer sempat amik gambar....



sori kepada mereka yg nampak tanggan jer tu...

sekian...... :)

dia yang istimewa.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraaaaaaaaaaakaaaaaatuh....(sambil terangguk kepala...)
mutasi
bercakap tentang mutasi acap kali kita (ceh baku gila bahasa) terbayangkan gamma-rays, UV, kanser ,sinar X-tray dll..


<-------- dan bende nie
















mutasi kromosom ade 2 jenis iaitu
-Mutasi kromosom
-Mutasi gen
___________________________________________________________________________________
 
-MUTASI KROMOSOM-

a) Sindrom Down
-dimana seseorang yg mempunyai 47 kromosom yang mempunyai 1 kromosom yang terlebih terdapat pada kromosom homolog ke-21
-punca : kegagalan dalam mengagihan kromosom homolog ke-21 semasa meisosis (pembentukan gamet jantan/betina) 
-then,apabila gamet sperm/ovum yang mempunyai pasangan pada kromosom ke-21 (sepatutnye tak sbab dia gamet hanya mempunyai 1 jer ) bersenyawa dengan sperm/ovum yg normal,maka, terhasillah anak sindrom down
-sebab tulah bila seseorg itu melahirkan anak yg simdrom down jgn percaya dgn percayaan yg karut2 , sepatutnya kita bersukur kita dilahirkan sempurna(Alhamdulilah) pada masa yg sama jgn mengutuk anak tersebut sebb dia salah satu ciptaan tuhan.. :)

-Ciri2 = dahi yg lebar, mata sendeng kebawah,batang hidung yg pendek,berbadan pendek
-(kadang-kadang jer yg ade ciri nie) terencat akal, pelat,









Kariotype- chromosome
















b) Sindrom turner
 -pengidap hanya mempunyai 1 sahaja kromosom sex iaitu XO, manusia normal mempunyai kromosom sex XX -perempuan XY- lelaki
-Punca= kehilangan salah satu kromosom sex yg memyebabkan organ pembiakkan tidak berfungsi.   kromoson sex itu mungkin hilang semasa pembentukan gamet atau pun pada tahap awal pembelahan zigot 
- hanya mempunyai 45 kromosom
-selalunya mengidap ialah perempuan


-Ciri2
-tidak mempunyai ciri2 sex sekunder
-tidak menunjukan ciri2 perempuan seperti buah dada yg leper
-mempunyai lipatan kulit yg berlebihan
-mengalami kesulitan dalam membelajaran
-Beberapa penyakit cenderung menyerang penderita sindrom ini, di antaranya adalah penyakit kardiovaskular, penyakit ginjal dan tiroid, kecacatan rangka tulang sepertiskoliosis dan osteoporosisobesiti, serta gangguan pendengaran dan penglihatan
































c)Sindrom Klinefelter
-Mempunyai kromosom sex yang terlebih iaitu XXY selalunya tapi ade juga yg XXXXY,XXYY
-Punca(sama dengan sindrom down dan turner)= kehilangan salah satu kromosom sex yg memyebabkan organ pembiakkan tidak berfungsi.   kromoson sex itu mungkin hilang semasa pembentukan gamet atau pun pada tahap awal pembelahan zigot 
-mempunyai jumlah kromosom 47
-penghidap selalunye lelaki






-Ciri2
-ciri-ciri seksual yang abnormal atau tidak berkembang, seperti testis yang kecil,kegagalan memproduksi sperma
-kesulitan mengatur keseimbangan, melompat, dan gerakan motor tubuh yang melambat
-penderita klinefelter memiliki otot yang kecil, namun mengalami perpanjangan kaki dan lengan








d)sindrom edward also known as Trisomy 18
-merupakan sindrom yang paling 'menyayat hati' bagi saya,
-selalunya janin yang mengalami sindrom ini akan' gugur' or mati dlam kandungan lagi.
-ada extra copy dari chromoson ke-18 , 'extracopy' ini berlaku sebelum persenyawaan lagi, extra copy ini bergantung kepada sejarah genetik dalam sesebuah keluarga.
-80% daripadanya ialah perempuan








<------first copy

<----- second copy








antara salah satu sindrom edward

















*ok sampai sini lah dulu utk entri hari ni, kalau ada salah dan silap utk entri kali nie harap maaf dan minta diperbetulkan. Allahu alam musawab....
* ribuan terima kasih diucapkan kepada buku rujukan biologi,google,dan wikipedia... :)

miss_donut:dah dapat study bab variasi bio alhamdulilah......





new belog interface



Assalamualaikumm... today we will taking about new beloog interface hhehehe..

(old dashbord)




 (new dashbord) macam facebook pun ade gak.. tapi oklah senang kita nak tengok reading list .. pastu dia punya perubahan bagi akulah taklah menyusahkan sangat....


 bila tekan kat bawah anak panah tu pulak kita dapat tengok pages kita comment ,design a.k.a layout,posts dan lain2


Layout a.k.a design 




Post







LAbelling


ok.. dah x tau nak taip ape lagi... so good bye.. have a nice try..

3D !!!


  nampak macam real :3

antara2 ibadah 10 malam terakhir (mencari lailatul qadar)

 Memang banyaklah amalan yang boleh dilakukan sepanjang 10 malam terakhir nie..
 Antara sepuluh malam terakhir nie ada satu malam yang sangat istimewa iaitu malam lailatulqadar, malam yang kalau kite buat ibadat sama seperti beribadah seribu bulan best tak..?

nie list perkara yang sunat diamalkan sepanjang 10 malam terakhir (sepanjang ramadhan pon boleh)

  1.  qiamunlail buat solat sunat tahajud, hajat , taubat dll
  2. beriktikaf (bermalam di masjid-masjid dan surau-surau sambl beribadah)
  3. perbanyakkan membaca Al-quran
  4. pegi solat terawih (jgn malas)
  5. mengejutkan ahli keluarga untuk beribadah bersama-sama
  6. perbanyakkan doa dan munajat (insyaallah doa diterima Allah)
  7. menjamu umat islam berbuka puasa
  8. bersedekah

Tapi kalu perempuan yang 'ABC' pulak macam mana? jangan risau banyak lagi ibadah yang kite boleh lakukan dont worry...

  1. baca Al-quran dalam hati 
  2. mendengar bacaan al-quran
  3. baca terjemahan al-quran dan mendalami maksudnya
  4. berzikir, bermunajat, dan berselawat
  5. membaca buku2 agama
  6. menghadiri majlis ilmu
  7. kurangkan aktiviti 'bergosip-gosipan' (buat kurang pahala jer..)
  8. dan sesetengah amalan yang tidak diharamkan untuk perempuan yg 'ABC' yang telah disenaraikan seperti diatas
Ok tulah senarai ringkas aktiviti-aktiviti yang diberkati dan diberi ganjaran pahala inyallah..

-ingat ramadhan tu datang sekali jer setahun.. dan perbanyakkanlah ibadat dalam bulan puasa nie anggaplah ia merupakan ramadhan terakhir kita..-Miss Donut-