akhirnye selepas 13 tahun zaman persekolahan akhirnya tamat jugak..
sedih jugak meninggalkan kengkawan yang dah rapat sangat. cikgu-cikgu
tapi nak buat macam manakan kehidupan mesti di teruskan.. kan
tapi nak tunggu keputusan lama lagi..? nak buat ape boring sangat .
so saya buat lah list
1. tido (qadoq tido yeah!!! )
2. kemas buku2 then bagi kat sepupu!!
3. makan hahaha..
4. amik lesen kereta..? tak tau lagi sebb nak amik lesen pon paling kurang seribu..
5. kerja..? kerja nak ape cashier ? tak tau lah
6. shopping hahhah ( termasuklah tengok wayang, cari novel baru dll)
7. belajar memandu kereta (sebelum ambik lesen kereta mesti lah belajar memandukan?)
8. belajar masak (bolehlah), belajar menjahit ( sori tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi)
9. buat reunion dgn kengkawan (of couse !)
10. layan TV, youtube,facebooking, twitering, main game sampai mata kuyu ?
11. baca novel (tak minat romance novellah)
12. masuk english class .. ceh
13. lepak kat pantai (mentang2 rumah dekat dgn pantai...)
14. amik gambar, edit gambar, post gambar.. errr..
15. post blog entri banyak2
16.survey course yang nak diambik masa dploma, or nak ambik form 6? ke nak masuk matrik?
17. habiskan dakwat pen, pencil, ade selonggok lagi
18. belajar melukis! hahaha ... saya memang tak pandai melukis
19. tengok buku form 6 (saja cari pasal)
20. kawin err... tunggu lagi 13 tahun
21. buat jurnal 'how to survive college live' (yelah cara belajar kat sekolahkan lain dgn cara belajar kat U)
22. reka planner sendiri untuk tahun 2013
23. re-read komik, majalah lama, novel lama, (macam boring jer..)
24. masuk giat mara? belajar buat pastri, kek, belajar menjahit,ker (lamalah 6/3 bulan)
25. owh ye lupa nak beli nombor pin upu !! err..
26. join sukan lasak cth: belajar berkayak ker, rock climbing ker, paint ball, bungee.
( saya tak lah lasak sangat tapi bolehlah)
27. gi jalan-jalan (legoland, p.langkawi, genting highlands or balik kg jer.. (amboi banyak duit)
28. buat cerpen (tak de bakat dalam bidang penulisanlah pulak)
29. tolong mak kat dapur (macam x biase, kalau taknak pun kene buat jugak yer lah nak mithali ceh...)30. pegi hafal semua nama2 daerah kat Malaysia (memang dah tak de idea lain dah)
alhamdulilah tamat jugak akhirnyer 30 cara nakhabis kan masa....
ok bye!!!